Mulakan di sini

Objektif anda ialah untuk mendapatkan kad nama (business card). Anda mungkin mempunyai beberapa keping baki kad lama yang tinggal dan ingin menambahnya. Atau anda sudah kehabisan kad. Atau anda ingin mengubah selera dengan rekaan kad baru. Atau anda pertama kali ingin buat kad niaga dan hanya ada idea yang samar-samar. Di sinilah tempat anda boleh mencapai objektif itu.

Pertama sekali anda mesti ada idea bagaimana rupa kad anda nanti. Elemen penting dalam kad niaga ialah nama anda, nombor telefon untuk dihubungi, jawatan anda (atau apa saja yang boleh menjelaskan siapa diri anda). Selain itu nama organisasi yang anda wakili, alamat pos, alamat e-mail, alamat website, nombor telefon pejabat, nombor faks, sedikit keterangan tentang organisasi yang anda wakili, logo syarikat/jabatan, gambar produk dan sebagainya. Tidak semestinya anda mahu semua maklumat ini ada dalam kad nama yang kecil. Sesetengah orang hanya meletak nama, nombor telefon dan tag pengenalan dirinya sahaja.

Bagi mereka yang sudah lama mempunyai kad niaga mudah sahaja, gunakan kad asal sebagai contoh dan mungkin ada satu dua elemen yang hendak ditukar, ditambah atau dibuang. Atau boleh juga guna kad orang lain yang anda suka rekaan sebagai panduan membuat kad anda.

Kemudian, apabila sudah ada gambaran bagaimana rupa kad anda nanti barulah mempertimbangkan perkara-perkara seperti berapa banyak kad yang anda perlukan, bahan kertas yang mana satu, rekabentuk yang macam mana, dan sebagainya. Seorang pengurus, eksekutif pemasaran atau ahli perniagaan mungkin perlu tempah kad yang banyak sekaligus kerana mereka sentiasa bertemu pelanggan potensi baru. Orang lain pula mungkin tak perlu buat banyak kad kerana cuma untuk diberi kepada orang tertentu sahaja.

Membuat pilihan jenis kad dan kuantiti tempahan

Dalam website ini diberi beberapa panduan untuk anda buat keputusan yang tepat:

  1. Rujuk jadual-jadual Perbandingan Harga Business Card untuk mendapatkan idea berapa banyak anda kena berbelanja. Sebelum itu kami ingin menegaskan bahawa produk kami adalah produk cetakan offset bermutu tinggi, sama ada offset litograf (tradisional) atau offset digital. Mana-mana bahan yang anda pilih untuk kad anda akan dihasilkan dengan jaminan mutu yang tinggi untuk menampilkan diri anda sebagai profesional.
  2. Kad dari variasi litho offset lebih murah harganya dibanding dengan kad-kad digital kami. Tetapi tempahan paling minimum ialah 300 keping (3 kotak x 100 keping). Terdapat hanya 2 jenis pilihan kad iaitu Art Card 260 (yang biasa digunakan) dan Art Card 310 (jika hendak lebih tebal), cetakan 4 warna sebelah atau 2 belah dan matte lamination depan belakang. Anda boleh meningkatkan keunikan kad anda dengan ciri-ciri sudut bulat (rounded corner) dan/atau spot varnish.
  3. Sebagai contoh: 10 kotak (1,000 keping) kad nama cetakan litho offset cetak warna penuh sebelah dan matte lamination hanya berharga RM100.00 iaitu RM10.00 sekotak – paling murah dalam pasaran.
  4. Tetapi jika anda tidak memerlukan banyak kad, atau anda ingin bahan lain sebagai kad, variasi digital offsetlah pilihan anda.
  5. Tempahan paling minimum ialah 50 keping. Denominasi lain 100, 200, 300, 500, 1,000 dan seterusnya.
  6. Anda boleh memilih sama ada matte lamination atau gloss lamination atau tanpa lamination (default), untuk bahan Art Card.
  7. Terdapat 4 pilihan ketebalan Art Card iaitu 230, 260, 310 dan 360, juga satu pilihan Art Paper 150gsm.
  8. Anda juga boleh memilih bahan-bahan Fine Card seperti Metal Gold 250, Metal White 250, Super White 240, Linen 240, Rive 240, Suwen 240, Brilliant White 240 (Conqueror), Vellum 220 (Conqueror) dan PVC 180. (Keterangan jenis kertas/kad)
  9. Kemasan-kemasan yang boleh dipilih termasuk sudut bulat dan hot stamping.

Membuat tempahan kad

Apabila anda sudah bersedia untuk membuat tempahan, teruskan saja ke laman Katalog kami untuk membuat pilihan anda.

Share →