MENYEDIAKAN ARTWORK (ADVANCED)

Berita baik untuk pelanggan profesional – pereka grafik, agen percetakan dan pengguna expertOnline Printshop menawarkan diskaun 10% atas semua pesanan produk (kecuali rubber stamp), jika anda menghantar artwork sendiri dalam format PDF (Acrobat) semasa membuat pesanan.

Sebelum itu, jika anda tidak faham konsep vector graphic dan raster graphic, atau tidak pernah menggunakan program seperti CorelDRAW, Illustrator atau Photoshop, page ini bukan untuk anda. Tetapi anda masih boleh buat pesanan secara biasa dan biar kami membantu anda menyediakan artwork  anda bagi menjamin kualiti cetakan yang tinggi.

Tak perlu berdaftar untuk melayakkan anda mendapatkan diskaun ini. Order melalui KATALOG, dan hantar email kepada kami untuk memaklumkan yang anda akan menyediakan artwork sendiri. Kami akan menghantar invois yang berasingan dan anda cuma perlu bayar ikut harga pada invois itu. Tetapi sekiranya artwork anda ditolak kerana gagal menghasilkan artwork yang benar-benar menepati spesifikasi printer, anda perlu membayar harga penuh seperti pelanggan biasa.

SEBELUM MENYEDIAKAN ARTWORK

  1. Printer kami hanya menerima artwork mengikut saiz-saiz yang telah ditetapkan. Oleh itu perkara pertama yang anda perlu buat ialah melengkapkan persediaan anda dengan templat-templat saiz produk yang boleh dimuatturun dari support.orixconcepts.com
  2. Anda juga harus sentiasa merujuk kepada Spesifikasi Artwork yang juga boleh didapati di sini. Spesifikasi Business Card, Spesifikasi Flyer & Spesifikasi Brosur.
  3. Selain itu beberapa garispanduan terutamanya tentang penggunaan warna proses, tona skrin, spot colour, resolusi imej, perlu dipatuhi supaya artwork anda tidak direject oleh printer.

MENYEDIAKAN ARTWORK

  1. Rekaletak untuk semua produk percetakan adalah paling terbaik disediakan menggunakan program samada CorelDRAW atau Illustrator. Bagi job yang lebih kecil seperti business card, bookmarker dan poskad, anda boleh juga gunakan Photoshop.
  2. Resolusi gambar: Resolusi minimum yang diterima ialah 600dpi. Anda boleh sediakan artwork beresolusi lebih tinggi cuma jangan fail terlalu besar dan menyukarkan untuk diupload.
  3. Font: Semua font hendaklah dirasterised terlebih dahulu sebelum menghantar kepada kami. Termasuk Photoshop. Font boleh dirasterise semasa eksport ke PDF.
  4. Untuk Photoshop, merge layers sebelum menghantar fail kepada kami.
  5. Fail CorelDRAW dan Illustrator hendaklah dieksport (convert) ke PDF version 4 sahaja. Satu fail PDF untuk satu page artwork. Panduannya seperti berikut:
    ILLUSTRATORCORELDRAW
    1. Save as PDF1. Publish to PDF
    2. Adobe PDF > Adobe PDF Preset > [Press Quality]2. PDF Style > PDF for Prepress
    3. General > Compatibility > Acrobat3. General > Current Page, Acrobat 4
    4. (PDF 1.3) > pilih semua option4. Object > Bitmap Compression > ZIP
    5. Compression > CCITT Group 45. Object > Text and Fonts > Export all text as curves
    6. Marks and Bleeds > matikan semua option6. Object > Bitmap Downsampling > Color > 600, Greyscale > 600
    7. Output > Color Conversion > No Conversion7. Document > On start, display > Page only
    8. Output > Profile Inclusion Policy > Don't Include Policy8. Prepress > matikan Include bleed
    9. Advance > Preset > [High Resolution] (PS2 [Medium Resolution])9. Advanced > Color Management > Output all objects as CMYK
    10. Simpan Preset10. Advanced > matikan Apply ICC Profile
    11. Simpan Preset
  6. Jika tidak terpaksa, jangan buat artwork yang terlalu rumit dan terlampau banyak elemen dan kurangkan penggunaan gradual tone.
  7. Imej yang digunakan, selain keperluannya mesti beresolusi 600dpi sekurang-kurangnya, hendaklah juga imej yang jelas dan tak kelihatan kabur, kerana sistem melihat gambar yang kabur sebagai resolusi rendah.

PENGHANTARAN ARTWORK

Walaupun PDF sendiri selamat dihantar melalui talian Internet, dinasihatkan archive dulu ke format ZIP. Lebih-lebih lagi jika set anda melebih dari satu fail, bolehlah dicantumkan dalam satu fail ZIP.

WEB APP & LAIN-LAIN APLIKASI

Di support.orixconcepts.com juga terdapat link ke beberapa web app dan downloadable apps yang mungkin ada masa-masanya anda perlu guna. Sila lihat link di kolum sebelah kanan.

Sekian. Terima kasih.