Kebanyakan kedai online bagi tempahan bahan cetak seperti business card dan flyer menumpukan perkhidmatan mereka kepada syarikat pengiklanan, agensi rekabentuk grafik dan agen-agen percetakan. Mereka menjangkakan pelanggan akan menyediakan artwork sendiri sementara mereka fokus kepada percetakan sahaja. Orix Concepts sebaliknya menawarkan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna biasa. Untuk itu kami turut menyediakan servis artwork supaya anda dapat produk yang benar-benar bermutu dari segi cetakan dan juga rekabentuknya.

Anda mungkin biasa menghasilkan rekabentuk kad niaga sendiri dengan menggunakan aplikasi seperti Microsoft Publisher atau yang seumpamanya, tetapi pada kebiasaannya, “artwork” anda hanya sesuai untuk cetakan dalaman menggunakan laser printer atau inkjet printer tetapi tidak sesuai digunakan untuk percetakan offset yang mempunyai teknologi berbeza.

Masalah yang paling biasa ialah penggunaan imej bitmap (selalunya untuk logo dan juga penghasilan rekabentuk keseluruhan) yang mana percetakan offset memerlukan imej yang beresolusi tinggi. Resolusi rendah menghasilkan imej kabur apabila dicetak dengan mesin offset.

Servis yang ditawarkan:

  1. Penyediaan artwork asas – RM25
  2. Melukis semula / memperbaiki logo – RM50
  3. Penyediaan artwork + logo – RM60
  4. Rekaletak flyer dan brosur – RM100 – RM450 (bergantung kepada kerumitan kerja)

Untuk masa terhad kami memberi perkhidmatan artwork ini secara percuma bagi semua tempahan business card.

Penyediaan Artwork Asas

Anda sudah ada rekabentuk tetapi mahu menjadikannya artwork dalam format vektor yang berkualiti bagi tujuan percetakan?

  • Kirimkan artwork anda dalam format imej (JPEG atau PSD), atau fail Publisher, Word atau Powerpoint melalui e-mail
  • Kirimkan lakaran yang telah di”scan” melalui e-mail atau melalui faks
  • Kirimkan imej foto lakaran anda atau contoh kad sama ada melalui e-mail ataupun MMS
  • Jika anda ingin menggabungkan imej tertentu, contohnya produk ke dalam artwork anda, sila hantar imej asal dalam bentuk digital (biasanya JPEG). Nota: Ambil gambar menggunakan kamera digital setkan kamera anda pada kualiti paling tinggi.
  • Detail teks hendaklah jelas, sila taip semula di e-mail.

LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL SEMASA MEMBUAT PESANAN PRODUK KAMI (LINK)