Di Online Printshop, kami menggunakan bahan-bahan kertas/kad bermutu premium sahaja.

Bagi produk cetakan ofset lithografi untuk kad nama, terdapat dua pilihan kad iaitu Art Card 260 dan Art Card 310.

Lebih banyak pilihan untuk produk cetakan digital offset. Selain Art Card, ditawarkan juga Art Paper, Metal Gold/White, Suwen, Linen, Rive, PVC, Brilliant White, etc.

Siri Art Card

Art Card/Art Paper

Jenis kad yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk bahan cetak. Anda boleh lihat semua buku teks di kedai-kedai buku menggunakan Art Card sebagai kulit. Art Card mempunyai permukaan yang licin dan sangat sesuai untuk cetakan warna kerana imej yang dicetak kelihatan jelas dan terang. Art Card datang dalam beberapa jenis ketebalan, Art Card 230(gsm), Art Card 260, Art Card 310 dan Art Card 360. Ketebalan yang standard digunakan untuk percetakan kad nama ialah 260gsm.

Art Paper ialah bahan yang sama seperti Art Card tetapi lebih nipis. Ia selalu digunakan untuk mencetak flyer dan brosur. Ketebalan Art Paper seperti berikut: Art Paper 70, Art Paper 80, Art Paper 100, Art Paper 130 dan Art Paper 150. Ketebalan standard ialah 80gsm dan 100gsm.

Art Card/Art Paper juga datang dalam beberapa variasi:

  • Double side coated gloss Art Card/Paper
  • Single side coated gloss Art Card/Paper (sesuai untuk cetakan sebelah seperti poster dan poskad)
  • Double side coated matte Art Card/Paper

Perbezaan antara gloss dan matte ialah jenis gloss memberi pembalikan cahaya yang lebih. Untuk kebanyakan kegunaan double side coated gloss Art Card/Paper biasa digunakan.

Siri Fine Card

Brilliant White 240/Vellum 220

Brilliant White dan Vellum adalah kad jenis Conqueror, mempunyai tekstur timbul garis-garis panjang. Variasi kertasnya selalu digunakan untuk bahan kepala surat, flyer dan bahan berjilid. Kad nama yang dicetak atas bahan ini pastinya nampak eksklusif.

Linen 240/Suwen 240/Rive 240

Variasi kad Linen, Suwen dan Rive mempunyai tekstur yang lebih prominen dengan corak tertentu. Sebagai contoh, Linen mempunyai corak tenunan fabrik dan Suwen merupakan corak garis berombak. Permukaannya lebih licin daripada kad jenis Conqueror dapat menerima cetakan warna dengan baik dan cemerlang.

PVC 180

Permukaan kad ini yang lembut dan halus dan menyentuhnya memberi satu rasa yang bagus, hampir-hampir seperti menyentuh baldu. Ia dibuat daripada bahan PVC yang tidak boleh koyak, kalis air dan susah musnah. Sesuai bagi mereka yang pekerjaannya berkaitan dengan air.

Super White 240

Bahan kad yang putih terang dan permukaan yang licin seperti Art Card. Cetakan warna di atasnya kelihatan cemerlang.

Metal Gold/Metal White 250

Kad ini paling mahal harganya berbanding jenis-jenis lain. Ciri-ciri unik bahan ini ialah efek berkilauan yang menampakkan kad ini seolah-olah berwarna metalik. Permukaannya licin, menerima cetakan dakwat dengan baik, dan apabila digabungkan dengan tekstur asal kad, warna cetakan amat menyerlah dan seakan-akan efek 3-D. Sudah pasti menggunakan bahan ini sebagai kad nama meningkatkan tanggapan orang terhadap anda. Datang dalam 2 tona, putih dan kuning – Metal Gold dan Metal White.

Simulasi Kad

Agak sukar untuk menggambarkan rupa dan tekstur bahan kad melainkan kila melihat dan menyentuhnya sendiri secara fizikal. Malangnya kami beroperasi secara online, adalah mustahil bagi memenuhi permintaan anda untuk melihat sendiri contoh kad. Apa yang termampu ialah dengan memberi sedikit gambaran dan visual (grafik, bukan foto sebenar) tentang ciri-ciri dan tekstur bahan kad.

Simulasi kad Art Card dengan gloss lamination

Simulasi kad Art Card dengan matte lamination + spot varnish

Simulasi kad Brilliant White (jenis Conqueror)

Simulasi kad Suwen

Simulasi kad Linen

Simulasi kad Metal White

Simulasi kad Metal Gold

Banding harga kad nama mengikut jenis kad di sini.

Notis hakcipta: Imej-imej (kad) yang dipaparkan di laman ini adalah imej asal Orix Concepts. Tidak dibenarkan disalin untuk apa-apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada kami.