Selepas buat pesanan, apa?
Pesanan anda tidak akan diproses selagi kami tidak menerima bahan-bahan daripada anda. Begitu juga pesanan tidak akan diproses tanpa bukti bayaran telah dibuat
Kami perlu sesuatu untuk memulakan kerja, setidak-tidaknya satu contoh kad lama. Berikut adalah beberapa senario sebagai panduan anda.
Semua urusan penghantaran bahan boleh dibuat melalui email ke alamat ini: sales@orixconcepts.com
atau MMS: 012 5302 404
atau faksimili: (05)685 2024
| SENARIO | SITUASI (A) | SITUASI (B) | SITUASI (C) | SITUASI (D) |
|---|---|---|---|---|
| Pesanan semula | Pesanan baru | |||
| guna artwork lama | berdasarkan rekabentuk sedia ada | berdasarkan lakaran / rekaan sendiri | perlu bantuan sepenuhnya | |
| Langkah Pertama | Sila beri nombor rujukan pesanan terdahulu supaya artwork lama dapat ditemui | Hantar artwork asal (PDF) atau imej kad lama/contoh yang jelas (scan, foto, fotostat) | Sediakan lakaran / rekaan anda dengan kaedah yang paling selesa. (1) | Beri butir-butir yang hendak dimasukkan ke dalam kad anda (2) |
| Caranya | Catatkan di borang Pesanan dan/atau hantar email | Hantar melalui mana-mana kaedah yang berkenaan: 1. e-mail, 2. file-sharing, 3. MMS, atau 4. faks | Hantar melalui email (3) | |
| PENTING | Jika artwork lama gagal dikesan sila rujuk dan ikut arahan SITUASI (B) | Anda perlu nyatakan dengan jelas maklumat yang perlu ditukar / ditambah | Lampirkan logo / imej dengan email anda. Imej mestilah beresolusi tinggi dan jelas. Kami boleh bantu trace logo anda, asalkan tidak rumit | |
| Footnotes | (1) Kami sedia menerima lakaran dengan tangan, fail yang disediakan dengan program seperti Word, Publisher, Photoshop dan fail imej (JPG) | |||
| (2) Butir-butir penting yg perlu ada seperti nama, nombor telefon, alamat. Selain itu mungkin sedikit keterangan tentang perniagaan ada, dsb. Boleh lihat contoh kad orang lain | ||||
| (3) Butir-butir hendaklah ditaip dengan jelas tanpa kesilapan di dalam email. Nyatakan juga jika hendak sertakan logo / imej. | ||||
| Kini anda boleh memilih daripada beberapa rekabentuk templat semasa membuat pesanan. Hanya tambah item ARTWORK KAD NAMA (PERCUMA) ke Shopping Cart semasa memesan Kad Nama. Juga isi borang pesanan dengan butiran yang hendak dicetak dan tak perlu menghantar email lagi. Segalanya lebih mudah sekarang! | ||||
[wp-dropbox]