Empat langkah mudah untuk memesan kad nama.

  • Pilih produk dari katalog mengikut spesifikasi pilihan anda.
  • Sila hantar bukti pembayaran melalui e-mail / mms / faks. Tunggu e-mail pengesahan bayaran anda. Jika bayar menggunakan PayPal, sila semak samada anda telah mendapat e-mail yang memaklumkan transaksi berjaya. tempahan@kadnama.com

  • Hantar bahan-bahan anda melalui e-mail: Teks, lakaran artwork, imej-imej. tempahan@kadnama.com
  • Lakaran, contoh kad, boleh juga dihantar melalui faks dan MMS.
  • Artwork dalam format Word atau Publisher dianggap sebagai lakaran.
  • Artwork dalam format Illustrator & CorelDRAW tertakluk kepada pemeriksaan oleh pakar kami samada boleh diterima sebagai artwork atau tidak. (Jika diterima, terus ke Langkah 4)

  • Selepas 1-2 hari, bergantung kepada kerumitan dan beban kerja, (3-7 hari untuk FLYER & BROSUR), anda akan menerima visual contoh kad yang akan dicetak (format JPEG) untuk semakan dan pengesahan anda.
  • Sila buat pengesahan artwork secepat mungkin jika anda berpuashati dengan visual tersebut. Jika ada pembetulan, sila maklumkan segera supaya kami dapat buat pembetulan tersebut dan visual akan sekali lagi dihantar kepada anda untuk pengesahan.

  • Kami menghantar artwork kepada printer untuk proses cetakan (dan kemasan, jika ada).
  • Selesai proses cetak, barang akan dihantar dengan kurier. Anda terima barang di alamat yang ditulis dalam borang bayaran.

Sebelum membuat pesanan:

Lihat perbandingan harga kad nama dan spesifikasi kad nama / flyer / brosur sebagai panduan untuk buat keputusan. Jika anda seorang Pereka Grafik, Agensi Pengiklanan, Agen Percetakan, sila rujuk page ini untuk diskaun 20% apabila menyediakan artwork sendiri.