BACA DULU
Online Printshop menawarkan pelbagai produk percetakan offset (digital dan litograf) yang anda boleh pesan secara online. Walau bagaimanapun hanya dua jenis produk yang anda boleh pesan secara automatik, menggunakan sistem shopping cart kami, iaitu KAD NAMA dan RUBBER STAMP. Untuk produk lain anda boleh dapatkan sebutharga daripada kami terlebih dahulu sebelum membuat pesanan. Produk akan ditambah dari masa ke masa, sama ada melalui shopping cart atau tanpa menggunakan shopping cart.

PERINGATAN: Jika memesan KAD NAMA, anda perlu menghantar butir-butir untuk dicetak melalui e-mail online@kadnama.com atau Whatsapp atau Telegram (019-522 4925). Sebelum meneruskan pesanan, sila baca Terma dan Syarat Perkhidmatan.

TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Terma & Syarat-syarat Perkhidmatan

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat-syarat berikut:

  1. Online Printshop pertama-tamanya memberi perkhidmatan percetakan, bukan rekabentuk.
  2. Apabila anda menggunakan servis artwork kami, keutamaan yang diberikan adalah kesempurnaan dari segi teknikal supaya artwork itu diterima oleh proses percetakan kerana proses ini amat memerlukan artwork memenuhi spesifikasi seperti:-
    • format fail,
    • saiz kerja,
    • mutu imej digital,
    • tona warna,
    • rekaletak yg praktikal, dan rekabentuk yang tidak terlalu rumit (terlalu banyak elemen)
  3. Walaupun kami cuba menghasilkan artwork yang akan memuaskan hati anda berdasarkan konvensyen, praktikaliti dan idea spontan, anda digesa supaya tidak terlalu mengharapkan. Kami cuba menghasilkan artwork sepantas mungkin untuk mempercepatkan proses percetakan, oleh itu masa lebih diutamakan untuk teknikaliti, bukan kreativiti. Anda boleh membantu dengan memberi lakaran jelas bagaimana rupa kad nama atau flyer atau apa jua produk yang anda pesan supaya kami dapat menirunya bulat-bulat. Boleh juga beri contoh bahan yang sedia bercetak untuk kami hasilkan semula.
  4. Jika anda benar-benar inginkan rekabentuk grafik yang menepati citarasa, anda boleh gunakan khidmat Graphic Designer sebelum menggunakan khidmat percetakan kami.
  5. Pada masa akan datang kami turut menyediakan perkhidmatan rekabentuk grafik dengan mengenakan caj-caj yang berpatutan.
  6. Sekiranya anda menyediakan artwork sendiri, ia perlu menepati beberapa syarat untuk diterima. Adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk menyediakan final artwork tanpa sebarang kesalahan. (Panduan menyedian final artwork untuk proses percetakan).
  7. Jika artwork anda diterima, anda harus faham dan menerima hakikat bahawa warna yang tercetak atas bahan mungkin tidak sama seperti yang anda lihat di skrin komputer atau pencetak anda kerana:-
    • alat percetakan dan proses yang berbeza,
    • penggunaan dakwat yang berbeza,
    • kesan visual ke atas bahan kertas yang berlainan akan menghasilan tona warna yang berlainan
    • faktor lain yang mempengaruhi proses percetakan 4 warna
  8. Daripada pesanan sehingga penghantaran, kecepatan tertakluk kepada:-
    • kemampuan kami (best effort),
    • kerjasama anda, (pembayaran, maklumat, semakan artwork),
    • jadual operasi (dateline untuk pesanan, waktu/hari operasi proses),
    • kelancaran khidmat kurier.
  9. Beberapa perkara boleh mengganggu kecepatan proses:-
    • beban dan kerumitan kerja (kami juga manusia),
    • kegagalan pelanggan beri kerjasama,
    • kesilapan artwork,
    • cuti umum,
    • takdir
  10. Semua maklumat yang dipohon seperti di dalam borang Pesanan Shopping Cart hendaklah diisi dengan tepat. Kegagalan meletakkan maklumat yang betul seperti nombor telefon, alamat email dan alamat penghantaran mungkin akan menimbulkan kesulitan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kesulitan dalam segala urusan diakibatkan daripada berlakunya perkara ini.
  11. Online Printshop dibuka 24/7/365 untuk menerima Pesanan anda. Tetapi kami hanya boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan dan bantuan teknikal pada waktu pejabat (9-5) setiap hari kecuali Ahad.
    • Proses percetakan bermula waktu pejabat pada hari bekerja dan produksi berhenti pada Cuti Umum.
    • Proses artwork bermula pada kesempatan pertama selepas menerima semua bayaran dan bahan-bahan daripada anda.
  12. Anda setuju bahawa kami tidak boleh dipertanggungjawab terhadap apa-apa implikasi yang akibat daripada penggunaan perkhidmatan kami secara langsung atau tidak langsung.
  13. Kami berhak menolak pesanan bahan-bahan yang berunsur negatif dari segi moral dan/atau bercanggah dengan mana-mana akta atau undang-undang di Malaysia.

Polisi Kerahsiaan

Kami sentiasa menghormati kerahsiaan pelanggan-pelanggan. Semua maklumat peribadi yang anda berikan samasekali tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga, kecuali alamat penghantaran yang digunakan oleh perkhidmatan kurier.

Orix Concepts Online Printshop, 2015